aku tak boleh hidup tanpa dia.”
” dunia ni tak ada makna lagi tanpa dia”
” arghhh tensionnya! gaduh dengan pakwe. tak boleh belajar.”
Cinta pada manusia ada manis dan ada pahit. Tapi kadang-kadang banyak yang pahit dari yang manis. Cinta satu perasaan luar biasa. Cinta sesama manusia memang fitrah. Namun melihat pada sekeliling, banyak yang tersungkur dengan cinta. Kita sering tertipu dengan perasaan ingin dikasihi. Ingin ada orang jaga kita. Tapi bila dilihat cinta itu secara mendalam, ada satu cinta yang tak mungkin tersungkur.
Bila kita mahu bercakap dengan Si Dia, kita solat.
Bila kita mahu Si Dia bercakap dengan kita, kita baca Kitab Al-Quran.
Bila kita ingat Dia, lagi banyak Dia ingat kita.
Bila kita dekati Dia sedepa, sehasta Dia datang pada kita.
Cinta pada Dia tiada yang pahit, semua manis.
Tak ada gaduh-gaduh. Tak ada buang masa menaip sms.
Kalau kita sedih, kita ‘jumpa’ Dia dalam solat.
Bila kita gembira kita ucap syukur pada Dia dalam sujud.
Bila kita buat dosa, Dia bagi peluang kita bertaubat, bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali-kali sehingga sampai hari kematian kita.
Subhanallah. Sweetkan Dia?
Jadi apa lagi? Jom la kejar satu-satunya cinta yang tak mungkin kecewakan kita.
Cubalah. Ingat Dia selalu dalam hati. Saya berani jamin hati ada dapat rasa ketenangan luar biasa, ketenangan yang tak boleh diungkap dengan kata-kata.
Tapi………. Dia tu sape?
Dia lah Allah s.w.t, Pencipta kita. Dia yang cipta kita, mestilah Dia mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri kan?
Bersama Dia tak perlu bimbang, sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.