Sunday 11 December 2011

berbohong dan menghampiri zina..

Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
 
 
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)
 
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong.

Thursday 24 November 2011

CINTA YANG HAKIKI

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi termasuklah diri ini.Bila kita bercople pastinya akan mencetus zina hati iaitu merindui orang yang bukan muhrim.Dalam islam tiada yang dinamakan COUPLE ISLAMIK .Kita sebagai remaja usahlah bimbang jika kita tidak ada GF OR BF.Berpeganglah pada janji Allah Atthayyibbuuna litthayyibat!! Percayalah .. janji Allah adalah pasti .





Perkara yang haram tetap haram .. kita tidak boleh menukar hukum Allah .. Setiap hukum Allah pasti ada sebab yang tertentu .. Peliharalah nafsumu dengan sebaik mungkin kerana nafsu itu jika dipelihara dengan elok maka eloklah dan jikau mengikut kehendak nafsu maka nerakalah tempat kita .

Pergaulan lelaki dan perempuan ada batasannya . Janganlah kita merosakkan imej islam iaitu keluar dengan lelaki bukan muhrim  dan berpegangan tangan.Apabila kita keluar bersama lelaki yang bukan muhrim , orang ketiga yang akan menemani kita adalah SYAITAN.wak2 itulah untuk syaitan memerangkap kita .Kerana itu banyak remaja zaman sekarang yang terlibat dalam perkara yang zalim iaitu buang anak .   

Cinta di alam remaja hanya sia2 .. Cinta dalam islam hanya satu iaitu cinta selepas kahwin.. Cinta berlaku selepas dikabulkan..Cinta selepas derkahwin itulah CINTA QUDUS . Cinta yang bermaruah ,bukan cinta murahan . Inilah kelebihan agama islam .  Cinta dengan orang yang bukan muhrim adalah cinta murahan , cinta hanya sementa . Cinta berlandaskan nafsu penuh dengan kepuraan , tapi cinta kepada Allah adalah CINTA HAKIKI..
Carilah cinta hakiki kerana ia cinta sejati

Rasulullah -shallallahu 'alaihi wasallam- menegaskan; Iman seorang hamba tidak akan sempurna selagi ia tidak meletakkan dalam hatinya kecintaan kepada Allah dan RasulNya melebihi dari cintanya kepada harta, anak dan diri sendiri.





HARGAILAH .. WALAUPUN SEKUPANG

"Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah." Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab." (Surah Ali-Imran, 37)




 P/S:KITA HARUSLAH MENSYUKURI SEGALA NIKMAT ALLAH WALAUPUN NILAINYA SEDIKIT .. JANGANLAH KITA MENYAKITI ATAU MEMBUAT PERKARA YANG ZALIM KEPADA ANAK YATIM ... 

Wednesday 23 November 2011

Erti Sahabat

orang yang elok sahabat ialah yang baik budi pekerti dan perangai..
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka..

Bila temanmu berubah perangainya ,janganlah sekali engakau meniggalkannya kerana hanya sekali ia membengkok dan sekali ia lurus..

Apabila engkau igin mengambil seseorang menjadi temanmu ,maka buatlah dya marah dan suruhlah seseorang tanya kepada dia tentang dirimu.Jika ia menceritakan perkara yang baik danmenyembunyikan perkara buruk , maka jadikanlah dia sahabatmu

Jika engkau ramai sahabat bersyukurlah!Hargailah persahabatan yang datang itu sebelum ia pergi.

Singa tidak akan menunjukkan tajingnya kecuali ia marah..

Kebenaran sahabat terbukti ketika dalam kesusahan..

Sahabat sejati ialah orang yang berkata benar kepadamu danbukanlah dia membenarkan katamu..

Ujilah sahabatmu dengan kepapaan,kejahilan dan kemiskinan

Berkawat dengan orang jahat seperti kita berperahu di tengah lautan , mahupun kita selamat tetapi kita tidak terlepas dri rasa takut..

Kawan selalu menjadi musuh jadi pilihlah sahabat bukan kawan..

Bersahabatlah dengan hatimu sebelum bersahabat dengan orang lain

Apabila orang merasa dirinya besar , ia akan lupa pada salahnya .. maka sahabatlah yang membuka matanya ..

Selemah-lemah manusia adalah orang yang tidak pandai mencari sahabat , dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang dicaari..

Sahabat sesungguhnya engkau cahaya di dalam kegelapanku , engkau menerangi jalanku mencari ilmu ilahi. Sahabat.. sesunguhnya jika aku hilang arah, engkau memimpinku .. Sahabat.. engkaulah orang yang rapat denganku lebih dari ibubapaku .. Sahabat .. Jika aku rebah bantulah aku untuk bangkit.. ku harap engkau ampunilah aku jika aku tidak dapat sahabat untuk diriku ..

Yang benar : Avatar kidz( ilmi hanim)

JOM BELAJAR BAHASA KOREA

an-nyong-ha-se'-yo [apa khabar]  
so-na-gi [renyai-renyai] 
yo-ja-chin-gu [makwe] 
nam-ja-chin-gu [pakwe]  
cho-wa [bagus] 
sa-rang-he'-yo [sayang awak]
bo-go-sip-po [rindu awak] 
ke-nyang [tak da apa2]
mul [air] 
ki-yob-ta [comel] 
ne'-il-man-na-ja [jom jumpa besok!]
mog-go-sip-po [nak makan] 
chin-nan-chin-gu [kawan baik]  
ki-do [solat]
gem-shik [puasa]
a-jo-shi [pakcik/encik] 
a-ju-ma [makcik] 
na-ga [keluar]
gong-bu [belajar]





Tak banyak sangat yang Hanim tawu .. Hurm klu dengar bahasa jepun dengan korea , bahasa jepus best lagi dengar.. Cite korea nie bnyk jiwang.. he3 Sapa yang tawu bahasa banyak bahasa korea boleh larh kongsi .. boleh kita perbanyakkan bahasa .. Asif jiddan klu ada yg silap .. wsalam





zikrullah n doa

tenangkan hati dgn ayat al-quran