Friday 30 September 2011

PERUBAHAN ITU INDAH

 Cuaca hari ini agak panas di kampus namun sejuk mataku melihat gadis-gadis bertudung labuh itu melangkah ke perhentian bas. Biasanya waktu begini mereka ke masjid, ada usrah barangkali. Sementara aku dengan teman-teman lain sekadar berbual kosong di kafe menikmati makan tengahari. “Hani, dari tadi ko pandang sana, nak join tudung labuh clans ke?” soal mieta bersahaja disusuli tawa teman yang lain. Aku sekadar tersenyum, tidak layak rasanya diri ini menyertai gadis-gadis itu, terlalu tinggi tempat mereka dimata aku. “ Nak jugak, tp..” belum sempat ku habiskan kata-kataku terdengar ucapan salam di hujung meja, serentak kami terdiam. Aku menjawab salam diberi, begitu juga rakan yang lain. “ Rakan-rakan mahu sertai usrah di masjid?” soal ain sambil tersenyum, setiap minggu tidak pernah jemu bertanya walhal jawapan kami juga tidak pernah berbeda “ terima kasih ain..nanti kami menyusul” pantas jawapan itu keluar dari mulut Ina temanku. Ain tersenyum “ Ain tunggu rakan-rakan di masjid ya” lembut senyuman dihulur . Aku pasti dia tahu kelibat kami tak pernah kunjung tiba.
 
   Aku, Ina, Mieta dan Sue bukanlah gadis seksi atau tidak bertudung.  Bukan juga gadis yang gemar berpeleseran. Kami Cuma gadis biasa , bertudung tetapi disilangkan hingga dada, memakai jeans, berbaju agak sendat. Namun solat dan membaca kitab suci Al-quran tak pernah kami tinggalkan. Walaupun kami keluar berlibur sekalipun apabila tiba waktunya solat pasti kami tunaikan. Syukur atas kekuatan yang diberikannya kepada kami.
 
   Namun hati ini mula terasa serba kekurangan. Sejak kebelakangan ini hatiku begitu ingin melengkapkan lagi amalan ini. Ingin sekali mengunjungi rumah Allah itu, ingin sekali duduk bersama mereka mendengar segala ilmu yang dicurahkan oleh ilmuan di sana. Entah mengapa hati ini begitu ingin melakukan semua itu namun aku tidak tahu bagaimana harus ku mulakan semuanya. Takut pula perubahan ini hanya sementara. Takut pula kelak aku ditertawakan bila dikalangan mereka kerana ceteknya ilmu agamaku. Pantas ku matikan lamunan ini, “Oit, apa projek hari ni? Bowling nk x?” soal sue sambil kami berjalan pulang ke asrama. Mieta dan Ina mengangguk tanda setuju, “ Ermm, aku malas la, lagipun bajet aku bulan nie dah lari , korang kuar la” balasku, dalam diam aku merancang satu agenda lain. “ Aku belanje ek hani, jom la..last month ko mng..ni dah x mo maen ek?” mieta memujuk ada bunyi cabaran disitu. Tergoda juga aku dengan sogokkan itu, namun ada urusan yang perlu ku bereskan. “ Nanti la, korang practice dulu nanti dah terror baru kita lawan” ujarku beseloroh disambut gelak tawa teman-temanku yang lain. Lega rasanya mereka tidak kecil hati dengan penolakkanku tadi. Kami berpisah di situ. Mieta telahpun menghidupkan keretanya dan berlalu bersama Ina dan Sue.

   Aku mengatur langkah kebilik, hal ini perlu ku uruskan jua, jika tidak hati ini tidak akan tenteram. T-shirt dan jeans ku tukar ke baju kurung. Lama rasanya aku tidak mengenakan baju ini, ke kelas pun sekadar mengenakan blouse dan seluar. Buku nota dan pen kucapai. Kaki kuringan menuruni tangga asrama, lantas ku hidupkan enjin keretaku. Lima minit perjalanan aku sudah tiba, mengapa selama ini aku jarang sekali ke sini walhal aku pnya kemudahan. Sedangkan mereka berebut-rebut menaiki bas untu kemari. Hari ini aku bersyukur, aku tiba jua di sini pusat Islam university dan juga Rumah Allah yang ku rindui.

   “ Hani..” terdengar suara lembut ain menegurku. “Ain” aku tersenyum, sedikit malu entah mengapa perasaan itu timbul. Ku lihat gadis-gadis lain turut memandangku sambil tersenyum. Entah apa mereka fikirkan. Mungkin mereka kira aku tersesat agaknya. “ Jom la masuk, hari ini ada tazkirah menarik” ujar ain bersungguh-sungguh sambil memimpin tanganku
Seperti dia tahu betapa aku terasa asing disitu. Tidak sesaat pun dia meninggalkanku sendiri. Segala soalan ku dijawab nya dengan lembut walaupun adakalanya soalan itu kurasakan terlalu mudah.Tazkirah hari itu mengenai aurat wanita. Baru ku fahami mengapa perlunya tudung ditutup hingga kedada, baru ku tahu mengapa perlunya berpakaian longgar. Baru ku tahu segalanya.  Betapa caraku selama ini salah sama sekali. Sekadar menutup rambutku, kukira mencukupi. Ya Allah, betapa dosaku telah menggunung. Entah mengapa butir bicara ustaz itu begitu menyentuh hatiku.  Air mataku jatuh lantas ku seka dengan jariku. 


   “Hani, lepas ni kita ada bacaan Al-Quran, hani dah berwuduk?” soal ain sambil memegang dua naskah Kalam suci itu. “ Belum..di mana tempat berwuduk?” terasa panas wajahku bertanyakan soalan itu. Jelas sudah yang aku memang belum pernah menjejakkan kaki ke Masjid indah ini. Ain masih tersenyum. Lantas menunjukkan tempat berwuduk. Aku melangkah sendiri sambil mengenang betapa jauh aku telah tesasar dari jalan kebenaran ini. “ Marker permanent ke temporary yang ain dok pegang dari tadi tu?” terdengar suara gadis di luar tempat berwuduk. Aku tersentap. “ Entahlah , budak perempuan macam tu tak lama sangat dekat sini. Sekejap lagi nak bertadarus, entah-entah dah  lari” terdengar ketawa kecil mereka. Aku tersenyum, terkenang kata-kata mieta, “ Semalam aku ajar salah seorang yang paki tudung labuh tu mengaji, tak sangka dia baru nak belajar” pantas aku menyoal siapa gerangan insan  itu. “Biar aku je yang tau, walapun macam tu ilmu dia lebih jauh tinggi dari kita, mungkin itu kelemahannya” itu kata-kata dari bibir mieta. Tidak sedikit mengaibkan gadis bertudung labuh yang hinga kini menjadi rahsia. Namun lain pula hari ini.  Pantas aku memujuk hatiku,” mungkin ini kelamahan mereka” aku tersenyum sambil melangkah keluar dari tempat berwuduk. “ Anti dari berbicara perkara duniawi di Rumah Allah, mengapa tidak bersama teman lain membaca kalamullah?” terdengar suara lelaki menegur seiring dengan langkahku keluar dari tempat berwuduk itu.  Serentak mereka berpaling memandangku. Aku mempercepatkan langkah kedalam surau. Tidakku lihat siapa mereka yang berbicara tadi. 

   Kedengaran suara mengarahkan halaqah di bentuk,. Kuturuti pergerakkan mereka. Sebuah bulatan dibentuk, bacaan dimulakan dari seorang gadis di tengah-tengah, lembut suaranya mengalunkan ayat-ayat indah penuh nasihat dari kitab suci ini. Giliranku makin hampir, terasa semua mata memandangku. Ku mulakan bacaanku, syukur lancar sahaja bacaanku. Berkat tunjuk ajar atuk semasa hayatnya juga beserta anugerah Allah mengurniakan aku kelancran membaca kalamnya, aku pernah memenangi pertandingan tilawah di negeriku. Terasa pandangan aneh tadi telah berganti dengan senyuman.  Selesai menunaikan solat asar , kami bersalaman dan berpelukkan, kata ain itu salam ukhwah. 
Sedang asyik memerhatikan sekeliling Rumah Allah yang kali pertama kukunjungi ini, aku terlihat dua orang gadis sedang berbicara mengahadap tirai pemisah solat antara jemaah lelaki dan perempuan. Kutanyakan pada ain, ain tersenyum, “ Hani, kita disini kalu bicara dengan lelaki biar di sebalik tirai, tidak timbul fitnah” aku mengangguk. “  Ilfahani” terdengar namaku di panggil lantas aku menoleh. Aku bukan kenal sesiapa di sini. “ Salam ukhwah dari presiden kita, ingin mengenal anti jika anti sudi” pantas tutur gadis dihadapanku. Gadis ini yang becakap dengan tirai tadi bisik hatiku. Ku lihat air wajah ain berubah. “ Mengenal?” soalku bodoh bunyinya.  Gadis dihadapanku ter senyum “ Berta’ruf jika anti sudi” lama aku terdiam. “ Ini nombornya, kalau anti sudi, anti boleh hubungi beliau di sini, Assalamualaikun” huluran kertas kusambut, huluran salamnya hanya berjawab di hati. Masih kelu rasanya lidahku. Masih tidak memahami apa yang terjadi.  Aku mengajak ain pulang bersama, dia menolak, katanya lebih selesa menaiki bas. Terasa mesranya hilang sedikit, mungkin penat agaknya melayani aku sebentar tadi. Kereta ku hidupkan. 

   Sebentar kemudian aku tiba di bilik, kureabahkan badan ke atas katil. Hatiku terasa tenang, tiada lagi kegusaran. Ku pejamkan mata, teringat pula nombor yang diberikan tadi.  Kutuliskan pesanan ringkas “ Assalamualaikum, ada apa yang boleh saya bantu?” ku pejamkan semula mataku. Tiada balasan. Trit..trit “ Hani dinner jom” mesej dari Ina. Aku apantas bangun membersihkan tubuh dan solat maghrib serta memabaca Al-quran. Selesai semua kukerjakan, mesej Ina ku balas, “ Tunggu aku kat kafe ye” trit..trit.. ku biarakan mesej itu berbunyi, Ina la tu kata hatiku. Pantas ku bersiap. Malam itu baju longgar dan seluar track jadi pilihanku. Rasanya tampak lucu, tetapi lebih baik. Aku tersenyum. Pantas aku berlari turun. “ Besarnye malam nie” kata mieta tersenyum, aku ketawa kecil, kuceritakan apa yang kulakukan siang tadi. Mereka tersenyum, “ Hani, jangan maian-main je tau, buat betul-betul” Ina bersuara,  tidak sedikit mereka membantah apatah lagi mentertawakanku, syukur aku dikurniakan sahabat sebaik ini. 

   Setelah selesai makan malam kami berbual kosong dan aku menceritakan isi tazkirah tadi kepada rakan-rakanku. Selesai menunaikan solat isya’ dibilik mieta, aku melangkah ke kamar ku. Teringat mesej tadi belumku baca “ Waalaikummussalam, ana ingin mengenali anti jika anti sudi” mesej dari orang itu rupanya. “ bekenalan macam orang nk becinta tu ke?” soal ku. Trit..trit.. “ Berkenalan kerana Allah, bercinta kerana Allah” kubaca mesej itu berulang kali.
Apa maksudnya bisik hatiku. Empunya badan belum kukenali namun madahnya asyik mengganggu fikiranku.  Trit..trit..aku terkejut  “ Salam hani, malam ini kak nurul ajak bermalam di biliknya. Boleh kita berbual. Itupun kalau hani ada kelapangan” ain rupanya. Aku tersenyum, mesej siapa yang kutunggu. Siapa pula kak nurul? Jarang sekali aku bermalam ditempat orang kecuali teman-teman akrabku. Namun, segan pula hati mahu menolak perlawaan ain, sudah banyak dia membantuku tempohari. “Ok, di mana?” balasku ringkas, ain membalas mengatakan kolejnya di laluan A. Jauh benar, pastinya bukan pelajar di fakultiku, siapa gerangannya insan bernama Nurul ini.

   “Assalammualaikum” lembut suara Ain memberi salam. Pintu bilik terbuka. Aku mengenali wajah ini. Gadis yang bebicara dibalik tirai, apa mahunya sehingga mengajak aku bermalam disini. “Jemputlah masuk Ilfahani, Ain, bilik ana bersepah maklum la musim hujan ni x boleh nk sidai baju dkt luar” panjang tuturnya bimbang kami tidak selesa. “ Tak apa kak, bilik ain lagi hebat” mereka tersenyum, aku masih janggal sebenarnya namun kuukir senyuman. Ada 2 orang lagi gadis di situ, semuanya tersenyum memandangku. “Ilfahani, ini kak huda dan kak Najwa” aku diperkenalkan kepada mereka. Ramah mereka menerima kehadiranku. Malam itu kami berkenalan, sedikit sebanyak aku rasa tenang mereka tidak memandang serong padaku, aku sahaja yang berperasangka. Ya Allah, betapa tipisnya iman dihatiku. Mereka turut memuji alunan bacaan ayat suci yang kuperdengarkan tempohari. 

   Malam itu aku membaca kalamullah bersama-sama mereka sehingga larut malam.  Aneh, aku merasa gembira sekali, hatiku terasa tenang tidak sedikit pun berasa letih. Sungguh, aku tenang. Kak.huda dan Kak Najwa memohon diri ain turut menuruti mereka. Katanya mahu bincang soal pelajaran dengan temannya. “ Ilfahani jangan rasa janggal ya, anggaplah ana seperti kakak anti” lembut tuturnya. Aku tersenyum “ Panggil hani je kak” Aku aneh, bagaimana dia boleh terlalu baik padaku, walhal kami hanya berjumpa tempohari, itupun seketika sahaja. “ Dalam Islam semua saudara, perlu saling megambil berat, anti insan istimewa tak perlu rasa rendah diri, kita semua sedang mencari ilmu” mendalam kata-katanya, kukira riak wajahku terlalu mudah dibaca hingga semua persoalan mindaku terjawab oleh gadis ini. “ Saya tak macam ain kak, saya tidak bertudung labuh, saya tidak banyak ilmu agama, Cuma hati ini terlalu ingin berada dirumah Allah itu, sama-sama ingin menimba ilmu” lembut tuturku bimbang salah bicara. “ Itulah rahmatnNYA buat anti, dijemput terus olehNYA melalui hati luhur milik anti, pastinya bukan calang-calang orang menerima jemputan itu” terkesima aku mendengar bicaranya. Air mataku menitis laju, betapa Allah itu maha penyayang lagi Maha mengasihani. Benar kata Kak Huda, bukan semua bisa mendapat rahmat yang kuterima ini. Air mataku gugur, lantas kuceritakan betapa hati aku ingin menyertai mereka,  betapa aku ingin menjadi keluarga mereka. “ Hani, anti perlu tahu kewajipan memakai tudung itu biar melepasi dada, bertudung labuh atau tidak bukan syarat menyertai keluarga ini” lembut tangannya membelai pipiku.
Pagi itu aku bersarapan bersama kak huda. “Hani ini ada warkah buat anti” kusambut huluran warkah itu lantas kubuka 

Kehadapan cipataan Ilahi yang dirahmatNYA
Maaf kiranya warkah ini menganggu ketenangan anti
Ana begitu ingin mengenali anti melalui jalan yang diredhaiNYA
Andai anti sudi ana ingin aturkan perjumpaan kita ditemani rakan-rakan seperjuangan.

Ikhlas
Adam 


   Kupandang wajah kak huda. Lantas dia menerangkan, tidak ada benci atau dendam sekalipun aku menolak pelawaan itu. Kak huda turut menjelaskan, bahawa Adam ialah lelaki yang baik. Punya keperibadian yang luhur. Kenapa aku? Aku ini begitu jauh dari kehidupannya. Aku ini baru belajar megenali kehidupan berlandaskan kebenaran. Layakkah aku.Entah mengapa ringan mulutku menyatakan setuju untuk bertemu. Walhal aku bukanlah gadis begitu, apa jua akan kufikir sedalam-dalamnya. 

   Sudah dua bulan peristiwa ini berlalu, aku sedikit sebanyak sudah berubah. Tudung sudah labuh menutupi dadaku, baju sudah tidak seketat dulu lagi. Lebih selesa berbaju kurung ataupun blouse labuh. Mieta, Ina dan Sue masih lagi sahabatku. Tidak jemu menyokong perubahanku. Kulihat mereka juga sudah banyak berubah. Syukur, Alhamdulillah 
Usrah di Pusat Islam tidak pernah kutinggalkan. Namun entah mengapa hari ini hatiku berdebar sahaja. Aku beristighfar mugkin ini permainan Iblis bisik hati kecilku. “Assalamualaikum” suara kak Nurul kedengaran. Kujawab huluran salamnya sambil mengukir senyuman ” Hani kalau anti sudi Adam mahu bertemu anti sebentari” Terasa jantungku berdegup begitu laju.  “ Di mana” pendek soalku, “Di sana” jawab kak Nurul sambil menunjukkan kearah sekumpulan gadis yang sedang menghadap tirai. Aku terkedu.” Anti sudi?” soal kak nurul lagi. Aku mengangguk. Debaran dihatiku kian memuncak. Ya Allah, kau bantulah hambamu ini bisik hatiku.

   “Assalamualaikum” terdengar bicara jejaka di balik tirai. Aku kenal suara itu. Suara yang sering membacakan tazkirah dan mengalaunkan azan . Cuma wajahnya belum pernah kulihat. “Waalaikummussalam” jawabku perlahan, kurasa ada getar dihujung suaraku. “ Ana Mohd Adam bin Mohd Hafiz, pelajar perakaunan disini. Bakal menamatkan pengajian di hujung semester in dengan izinNYA. Ana ingin sekali mengenali anti melalui jalan yang diredhaiNYA” aku tunduk. Terkedu seribu bahasa. Mendengar bicaranya sahaja aku tahu betapa jauhnya perbezaan antara aku dan dirinya betapa tinggi iman didadanya betapa aku ini hanya gadis biasa. Bicaranya sentiasa mengenang Pencipta Yang Maha Agung. Aku juga ingin mengenalimu, namun layakkah aku? Terasa sebak dihatiku. “Saya, Cuma gadis biasa, masih banyak yang saya perlu pelajari” hanya itu yang terucap dari bibirku. Entah mengapa, hanya itu sahaja. Semua terdiam, aku tunduk. “ Mahukah anti kiranya ana jadikan suri?” Kali ini aku tergamam. “Akak, bolehkah saya lihat insan disebalik suara?” soalku memandang kak Nurul. “ Tentu saja” Kak Nurul tersenyum. Ku lihat semua gadis lain berundur sedikit, mengenakan purdah mereka. Tirai di angkat, sempat mataku melihat jejaka di situ semua tunduk kecuali seorang. Hanya seketika dia memandangku, kemudian dia juga tunduk . Pantas mereka menurunkan semula tirai tersebut. Orangnya berkulit cerah, pada perkiraanku dia tinggi orangnya. “ Saya utarakan pada keluarga saya dahulu” ujarku lama setelah Berjaya kukumpul kekuatan.
“Syukran” kudengar suara jejaka itu menyahut. Salam diucapkan dan doa dibaca sebagai penutup majlis tersebut. 


“Ibu..ada orang mahu masuk meminang”
“Aik, tak pernah dengar pun hani ada boyfriend”
“Hehehe..Jodoh dari langit Ibu”
“Hani cakap dengan abah ya, Ibu menurut sahaja”
“Hani, apa yang ibu cakap penting sangat ni?”
“Ermm..ada orang nak masuk meminang Abah”
“Aik..meminang siapa?”
“Eh, meminang Hani la abah”
“Abah tau la..bergurau pun dah gelisah, orang mana?”
“ermmm..nanti Hani balik ceritakan”

Hari Ini

“Permaisuriku” tersentak aku dari lamunan. “ Abang Adam” aku lantas menyalami suamiku. Sudah dua tahun usia perkahwinan kami. Aku juga sedang hamil benih cinta kami. “Jauh betul sayang termenung” katanya sambil mengusap perutku yang membulat.  “ Teringat perkenalan kita la suamiku” aku pantas menghidangkan minuman buatnya. Itulah yang kulakukan setiap kali dia pulang dari kerja. Aku dimintanya berehat sebentar supaya tidak ke pejabat, mujur pejabat keluarganya boleh juga minta cuti rehat. “ Mcamana permaisuri hati kenal abang?” soalnya bersahaja. “kan kita berta’ruf di rumah IndahNYA” aku tersenyum, lupa agaknya suamiku. “ Eh x la, abang kenal cara lain” aku bingung, suamiku tersalah pinang orang ke? Air mataku tiba-tiba mengalir, tambah sensitif sejak bergelar ibu.  Kulihat suamiku terus bangun menyapu air mataku“Eh kenapa ni..Abang kenal waktu permaisuri keluar dari tempat wuduk, Abang tahu mereka mengatakan permasuri hati abang ni, tapi abang kagum sayang hanya tunduk dan terus berlalu siap ada senyuman lagi kemudian abang terdengar alunan merdu ayat-ayat sucinya di alaunkan belum pernah abang dengar suara itu, dari Kak Nurul abang tahu, itu suara Ilfahani, abang tak mahu biar syaitan menguasai hati lantas abang pohon perkenalan kepada hani. Kebetulan 2-3 minggu sebelumnya abang asyik berdoa ditemukan jodoh solehah, sayang pun muncul” panjang sekali ucapannnya sambil menyeka air mataku. “ Betul?” soalku masih lagi tersedu menahan tangis dia tersenyum. “ perubahan itu indahkan sayang” uacapnya sambil menciumdahiku penuh kasih. Aku tersenyum,benar perubahan itu indah, aku berubah keranaNYA, ikhlas aku berubah keranaNYA tanpa paksaan lantas DIA pertemukan aku dengan insan  bergelar Mohd Adam yang banyak membantuku. Perubahan itu indah, bisik hatiku penuh syukur. 

      syukrun krn sudi membaca cerpen ini       











             
                   
             
HANIM PUN BELUM MEMBUAT PERUBAHAN...INSAALLAH HANIM AKAN BERISTIQAMAH DENGAN BAJU KURUNG ATAU JUBAH...DOAKAN LARH...
 

Thursday 15 September 2011

HAPPY BEZDAY YG KE-14








HAPPY BEZDAY T0 ME YG KE-14...he3 ary nie best sgt sbb bnyk org wish..tmbah ag time bka fb...hu3 lgy p0n yg pling best pda bezday kly nie sbb ta0n nie bezday anim ary jumaat..ary yg mulia...he3..sbnarnya bezday amin pada ary jumaat minggu lps..hu3 ary nie bru bleh  p0st at blog nie sbb ary nie bru bleh blik dry asrama... minggu lps xleh blek..hu3 2yg sdeh cgt2 2...hurm nk wat cmna prturan skolah..kna larh ik0t...law pa pe p0n anim cgt bsyur ke hadrat ilahi kerana masih diberi nyawa utk id0p dan anim bsyukur sgt krn dpt myambut bln ramadan dan syawal ta0n nie..eurm taun dpn xtau larh klu um0r pnjg bleh larh smbut..hurm taun nie mlm lailatul qadar dgr cite pada 21/8/2011..ta0n nie larh..hurm tpy xtawu larh bet0i k tak..bak amin p0n dgr cite ja..eurm  klu ikut bulan islam tarikh bezday anim pada 6 jamadilawal 1418 hijriah..eurm tpy la nie sume org guna bulan ikut kalendar la nie.. hary lahir ikut tarikh islam p0n xbnyk yg tawu...hurm...zaman dah brubah...bezday p0n dah cmpy..hurm jdy amin nie dah tua larh erk...hu3 ta0n dpn PMR plk..aduiz xleh nk appy larh...hurm slgy kta id0p nie kta xlry dry wat peksa ..klu xskolah pon kta dpt ujian dry Allah..ujian dry Allah 2 p0n salah satu peksa jugak t0k kta kt akhirat nanti...akhir kta anim mintak maaf jika ad salah dan silah yg hanim dah lkukan...hnim harap korang sume d0akan hnim bjaya dunia dan akhirat..k 2je yg hnim mintak dry smua...ASSALAMUALAIKUM

Sunday 4 September 2011

ISLAMIK COUPLE...????

jom baca kisah ni..kot2 paham....pendek je cerita nye..
Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.
beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.
Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”
Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam
zikrullah n doa

tenangkan hati dgn ayat al-quran