Saturday, 30 April 2011

DUHAI BONDA




HABIB ALI IBN MUHAMMAD IBN HUSAIN AL BAHSYI

Sejak kecil hinggalah dewasa beliau dididik secara langsung oleh Ayahdanya iaitu al Arifbillah Muhammad ibn Husain al Habsyi dan Bondanya Syarifah Alawiyah binti Husain al Jufri yang pada masa itu terkenal sebagai seorang wanita yang solehah.

HUBUNGAN DENGAN IBUNYA

Habib Ali terlalu sayang pada Bondanya Syarifah Alawiyyah ra. Beliau pernah berkata : “Ketika Bondaku masih hidup aku tidak pernah merasa memiliki wang walaupun satu dirham, bahkan aku merasa yakin segala harta serta segala yang aku miliki adalah kepunyaannya. Demi Allah sekiranya ibuku ingin menjual aku di pasar sebagai hamba, pasti aku mengaku sebagai hambanya dan aku akan penuhi segala permintaanya”.
Habib Ali al Habsyi pernah berkata: “ Bondaku sering mendoakanku dengan doanya “Ya Allah muliakanlah kedudukan anakku Ali di dunia dan akhirat kelak”
Cinta Bondanya terhadap Habib Ali semakin menjadi-jadi dan meluap-luap sehingga beliau tidak dapat menahannya lalu mengungkapkan di hadapan sejumlah ulama’ besar di suatu majlis.

“ Suatu hari Habib al Aidrus ibn Umar dan sejumlah kekasih Allah mengadakan majlis di umah Bondaku. Tiba-tiba bondaku keluar dan lantas beliau (Ibunya) berkata :wahai hadirin sekelian, aku bersaksikan kamu semua di hadapan Allah kelak, sesungguhnya aku meredhai anaku Ali. Saksikanlah bahawa beliau tidak pernah menyalahi serta membantahku dalam segala hal”
Mendengar ucapan bondaku, aku pun bersyukur dan segera berkata pada tetamu yang berada di situ, “saksikanlah keredhaan ibuku ini. Ini kerana di hari kiamat kelak, aku akan meminta kamu semua menjadi saksi”
zikrullah n doa

tenangkan hati dgn ayat al-quran