Thursday 24 November 2011

CINTA YANG HAKIKI

Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi termasuklah diri ini.Bila kita bercople pastinya akan mencetus zina hati iaitu merindui orang yang bukan muhrim.Dalam islam tiada yang dinamakan COUPLE ISLAMIK .Kita sebagai remaja usahlah bimbang jika kita tidak ada GF OR BF.Berpeganglah pada janji Allah Atthayyibbuuna litthayyibat!! Percayalah .. janji Allah adalah pasti .





Perkara yang haram tetap haram .. kita tidak boleh menukar hukum Allah .. Setiap hukum Allah pasti ada sebab yang tertentu .. Peliharalah nafsumu dengan sebaik mungkin kerana nafsu itu jika dipelihara dengan elok maka eloklah dan jikau mengikut kehendak nafsu maka nerakalah tempat kita .

Pergaulan lelaki dan perempuan ada batasannya . Janganlah kita merosakkan imej islam iaitu keluar dengan lelaki bukan muhrim  dan berpegangan tangan.Apabila kita keluar bersama lelaki yang bukan muhrim , orang ketiga yang akan menemani kita adalah SYAITAN.wak2 itulah untuk syaitan memerangkap kita .Kerana itu banyak remaja zaman sekarang yang terlibat dalam perkara yang zalim iaitu buang anak .   

Cinta di alam remaja hanya sia2 .. Cinta dalam islam hanya satu iaitu cinta selepas kahwin.. Cinta berlaku selepas dikabulkan..Cinta selepas derkahwin itulah CINTA QUDUS . Cinta yang bermaruah ,bukan cinta murahan . Inilah kelebihan agama islam .  Cinta dengan orang yang bukan muhrim adalah cinta murahan , cinta hanya sementa . Cinta berlandaskan nafsu penuh dengan kepuraan , tapi cinta kepada Allah adalah CINTA HAKIKI..
Carilah cinta hakiki kerana ia cinta sejati

Rasulullah -shallallahu 'alaihi wasallam- menegaskan; Iman seorang hamba tidak akan sempurna selagi ia tidak meletakkan dalam hatinya kecintaan kepada Allah dan RasulNya melebihi dari cintanya kepada harta, anak dan diri sendiri.





zikrullah n doa

tenangkan hati dgn ayat al-quran